Rukun Negara
Rukun
Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha
membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:a
"Bahawasanya,
Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.Kepercayaan
kepada Tuhan
2.Kesetiaan
kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran
Perlembagaan
4.Kedaulatan
Undang-Undang
5.Kesopanan
dan Kesusilaan
Khidmat
pembangunan komuniti ini diusahakan oleh : Persatuan Pembangunan Ekonomi dan
Kebajikan Rakyat Mukim Kandis, Bachok (PPM-010-03-19092018)
Comments
Post a Comment